Edisi Bahasa Melayu “Cantik itu Luka”
Diterjemahkan oleh Huda Hadi
Diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions, 2011

Harga: RM 39.90
Beli di MPHOnline.com
Tulis dan Baca Review di Goodreads

Cantik itu Luka merupakan sebuah novel yang merangkumi cinta, pengkhianatan, curang, kasih sayang, keperitan dan kesedihan seorang wanita. Berlaku pada zaman kolonial, iaitu pada tahun 1945, di mana era peperangan antara Belanda dan Jepun.

Seorang wanita yang dipaksa dan terpaksa menjadi pelacur. Kehidupan itu terus dijalaninya hingga ia memiliki tiga anak gadis yang kesemuanya cantik. Ketika mengandung anaknya yang keempat, ia berharap anaknya itu lahir hodoh. Itulah yang terjadi, meskipun secara ironiknya ia memberikan namanya Si Cantik.

Novel ini merupakan novel kontemporari terbaik Indonesia yang ditulis oleh seorang penulis yang sungguh berbakat.

Membaca novel ini membuat kita merasakan kenikmatan yang sama dengan nikmatnya membaca novel-novel kesusatraan Eropah dan Amerika Latin.